top of page
Capture.PNG

Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia: Dunia Sains & Teknologi

Buku ini telah memenangi Buku Terbaik (Kategori Pendidikan), Anugerah Buku Negara 2014.

Penerbit : UPM Press
Harga : RM 100.00
Tahun : 2014

Diilhamkan oleh pertemuan kami dengan kanak-kanak disleksia, ketika melakukan penyelidikan, buku ini merupakan dedikasi kami kepada mereka, guru mereka, dan ibu bapa mereka. Ia berdasarkan silibus KSSR untuk Dunia Sains & Teknologi (Tahap 1 - Tahun 1, 2, dan 3) dan dihasilkan dalam tujuh bab (masing-masing mengikut objektif yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran). Setiap bab mempunyai Lembaran Maklumat dan Lembaran Kerja, yang dipersembahkan dengan cara minimalis, iaitu dengan lebih banyak grafik dan mengurangkan teks. Ini sangat penting bagi kanak-kanak disleksia untuk meningkatkan pembelajaran mereka dalam mata pelajaran berkenaan.

Capture1.PNG

Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia : 

Bagaimana Teknologi Boleh Membantu

Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Harga: RM 25.00
Tahun: 2015

Ditulis dalam bahasa Melayu, buku ini cuba mengetengahkan peranan teknologi pengecaman pertuturan dalam membantu kanak-kanak disleksia membaca dengan lebih baik. Walaupun bagaimanapun, teknologi ini masih belum dapat mendasari bahasa Melayu yang merangkumi pertuturan kanak-kanak. Buku ini mensasarkan kepada pembaca yang ingin memahami lebih lanjut mengenai pengecaman pertuturan dan bagaimana ia dikaitkan dengan disleksia dan bahasa Melayu. Merangkumi maklumat mengenai disleksia serta cabarannya untuk guru dan ibu bapa.

1.PNG

Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia: Bahasa Melayu

Penerbit: UUM Press
Harga: RM 106.00
Tahun: 2017

Diilhamkan oleh pertemuan kami dengan kanak-kanak disleksia, ketika melakukan penyelidikan, buku ini merupakan dedikasi kami kepada mereka, guru mereka, dan ibu bapa mereka. Ia berdasarkan silibus KSSR untuk Dunia Sains & Teknologi (Tahap 1 - Tahun 1, 2, dan 3) dan dihasilkan dalam tujuh bab (masing-masing mengikut objektif yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran). Setiap bab mempunyai Lembaran Maklumat dan Lembaran Kerja, yang dipersembahkan dengan cara minimalis, iaitu dengan lebih banyak grafik dan mengurangkan teks. Ini sangat penting bagi kanak-kanak disleksia untuk meningkatkan pembelajaran mereka dalam mata pelajaran berkenaan.

2.PNG

BacaMAX: Baca, Tulis, Surih, Suai, Lukis, Salin, Warna dan Jadi Kreatif!

Penerbit: Human-Centred Computing Research Lab
Harga: RM 49.00
Tahun: 2018

BacaMAX adalah sebuah buku yang direka khas bagi menyediakan lembaran kerja yang seronok dan menarik minat kanak-kanak disleksia untuk membaca, menulis, mengesan, memadankan, menyalin, warna, dan menjadi kreatif. Aktiviti yang disediakan dalam buku ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi mereka dan mengurangkan beban kognitif semasa mereka membaca dan menulis atau ketika mereka melakukan aktiviti yang melibatkan teks.

3.PNG

Panduan Guru Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Disleksia

Publisher: UPM Press

Price: RM 60.00

Year: 2017

4.PNG

Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia & Diskalkulia

Publisher: UUM Press

Price: RM50.00

Year: 2021

© 2020 by Inkubator Disleksia UUM. Proudly created with Wix.com

bottom of page