
Inkubator Disleksia, Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 1 Julai 2018. Inkubator Disleksia adalah program yang bermula daripada penyelidikan aktif di bawah Makmal Penyelidikan Komputer Berpusatkan Manusia, Pusat Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia.
Melalui kajian yang meluas sejak tahun 2007, didapati terdapat keperluan untuk menyediakan sebuah pusat fizikal di UUM yang mengkaji dan mengajar kanak-kanak disleksia serta kesukaran pembelajaran yang lain (dyscalculia, dysgraphia, autism ringan). Ini merupakan model pertama di Malaysia di mana inkubator ini menjalankan kelas setiap hari dengan bantuan guru khas terlatih.
Adalah menjadi harapan dan matlamat kami untuk terus membangun serta berkembang supaya dapat memberikan cara yang unik dan tersendiri iaitu ‘reinventing giving' kepada masyarakat.
