Insan yang sayangkan anak-anak sepenuh hati adalah ibu bapa.
Penting bagi ibu bapa dalam memahami situasi dan keadaan anak mereka serta penerimaan dan kesediaan untuk berubah. Ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi masalah pembelajaran dengan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
Terima. Dapatkan pertolongan. Bantu.
​
Ibu bapa harus menerima, dengan hati terbuka bahawa anak mereka menghadapi masalah pembelajaran. Mencari bahan bacaan dan cuba untuk memahami situasi atau cabaran mereka dapat membantu anda untuk menyediakan sokongan buat orang yang anda sayangi. Dapatkan pertolongan. Secara beransur-ansur, kesedaran tentang kesukaran belajar telah meningkat dengan ketara di kalangan masyarakat kita dan oleh itu, ramai yang mula menawarkan bantuan. Tempat pertama untuk mendapatkan nasihat ialah di sekolah; iaitu guru anak anda. Di sini, Inkubator Disleksia dapat membantu anak-anak anda dengan memberi apa yang mereka perlukan untuk memulakan pembelajaran, dengan cara yang unik dan tersendiri.
​
Alatan Pembelajaran untuk Disleksia
Papan Sintok
Dengan reka bentuk visual eksklusif untuk disleksia, Papan Sintok direka untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dengan huruf dan pada masa yang sama belajar mengenali huruf dan fonem yang berkaitan. Alat ini dapat mengimbangi kesukaran kanak-kanak disleksia dalam proses pembelajaran mereka. Menyokong pembelajaran multisensori, Papan Sintok memberikan sokongan visual melalui 12 ciri uniknya termasuk jenis huruf disleksia disesuaikan, fon bukan cermin, latar belakang berwarna Irlen, dan slot untuk susunan abjad di papan tulis. Papan Sintok telah mendapat pengiktirafan daripada pertandingan inovasi nasional dan antarabangsa iaitu PECIPTA 2019 dan IMIT 2018 di Indonesia. Papan Sintok telah dipasarkan secara komersial di seluruh negeri dan juga beberapa daerah di Indonesia.
Slide & Read
Slide & Read (SR) adalah alat yang mudah tetapi berkesan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Reka bentuk SR berpusat pada teori pembelajaran Piaget yang menekankan pada fokus dan pengulangan. Fokus diperkuat menggunakan slaid yang terdapat dalam empat warna - kuning, biru, merah jambu, dan hijau. Pengulangan dipermudahkan dengan cara menggelongsor slaid dan mengulangi aktiviti. Modul SR juga dihasilkan untuk memberi panduan dan idea mengenai cara penggunaan terbaik bagi memaksimumkan pembelajaran anak-anak. Sama Seperti Papan Sintok, SR juga turut memenangi anugerah dan telah dipasarkan ke seluruh negara.
BacaDisleksia
Berdasarkan pengalaman dan penyelidikan dalam reka bentuk interaksi (IxD) yang sesuai untuk kanak-kanak disleksia, reka bentuk BacaDisleksia disesuaikan dengan atribut afektif tertentu yang berpotensi mengurangkan kesukaran membaca bagi kanak-kanak disleksia. Dengan menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk, berpandukan prinsip IxD, kami merancang dengan teliti antara muka, kandungan, dan tingkah laku aplikasi/alat sokongan untuk memudahkan kanak-kanak disleksia membaca. Produk, perisian dan bantuan papan bacaan (Papan Sintok), apabila digabungkan bersama dikenali sebagai ReYoWay, berpotensi memenuhi permintaan ibu bapa dan guru dengan kanak-kanak disleksia atau yang mengalami masalah pembelajaran. Pentingnya adalah apabila kanak-kanak berasa seronok dengan mempelajari kemahiran asas yang mereka perlu kuasai iaitu ejaan dan membaca.