Kemudahan
Untuk kanak-kanak, Inkubator Disleksia menyediakan:
-
Bilik darjah berhawa dingin
-
'Toy Library' dan bilik terapi
-
Intervensi sekunder dan tertiari
-
Pemenang anugerah, manipulatif yang dipatenkan
-
Buku dan modul berasaskan penyelidikan
-
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelidikan
Saringan & Perundingan
Inkubator Disleksia menyediakan saringan disleksia dan menawarkan perundingan kepada ibu bapa dan guru. Ini boleh dibuat melalui janji temu. Hantarkan e-mel kepada kami atau terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
Cara Pembelajaran
Melalui pengalaman penyelidikan dan pembangunan untuk kanak-kanak disleksia, kami telah membangunkan cara unik bagi proses pengajaran. Dengan menggunakan buku dan manipulatif yang telah memenangi anugerah, yang direka khas untuk memenuhi cabaran pembelajaran, inkubator memastikan keseronokan dan penglibatan kanak-kanak semasa pembelajaran. Kami menekankan kepada intervensi sekunder dan juga intervensi tertiari untuk membantu kanak-kanak dalam pembelajaran seterusnya memupuk pengalaman belajar yang positif dan bermanfaat. Penilaian dan pelaporan dilakukan secara berterusan bagi mendapatkan perkembangan kanak-kanak.
Sesi Pembelajaran
Kelas harian bermula dari hari Ahad hingga Khamis:
Sesi pagi: 8.30 a.m. - 12.30 p.m.
Sesi petang: 2.00 p.m. - 6.00 p.m.
​
Kami menyediakan tuisyen setiap hari Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pendaftaran
Untuk mendaftar, sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran, kelas, yuran.
​
Cikgu Shibly: 013-2048142
Cikgu Aini: 018-773 1449